29 December 2009
Sesi ujibakat bagi mencari juara baru akan diadakan di tempat-tempat berikut:
1. Kuala Lumpur - Stadium Nasional Bukit Jalil (9 & 10 Jan 2010)
2. Johor - The Zon, Johor Bahru (16 & 17 Jan 2010)
3. Pulau Pinang - Redbox Gurney, Plaza Gurney (16 & 17 Jan 2010)
4. Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22 – 24 Jan 2010)
5. Sarawak - Hotel Merdeka Palace, Kuching (23 & 24 Jan 2010)
Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan. Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 – 45 tahun (pada 9 Janauari 2010) dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) serta menyanyi secara acapella lagu-lagu pilihan seperti berikut:
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:
1. Gagap – Stacey (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila (Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah ( Ballad)
4. Dan Sebenarnya – Yuna (Ballad)
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone – Avril Lavigne (Rock)
Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:
1. Situasi – Bunkface (Pop)
2. Hujan – Sudirman (Ballad)
3. Ada Untukmu – Nubhan (Ballad)
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah – Aizat (Pop)
6. I’m Yours – Jason Mraz (Ballad)
Di peringkat ujibakat, para peserta harus melepasi tiga pusingan saringan sebelum disenarai pendek. Juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa sesi ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussin dan guru vokal yang berpengalaman dalam membentuk pelajar AF iaitu Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi. Dua orang pakar motivasi juga telah dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar. Mereka ialah Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih popular dengan nama Dr Fazley di kalangan para pelajar AF4 serta Azahari bin Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Luv di kalangan para pelajar AF5.
(credit to astro)
Labels: Ujibakat
0 comments:
Post a Comment